Tumpuan :
Dunia

Houthi dakwa lancar serangan ke atas kapal induk AS di Laut Merah

Foto: Reuters

SANAA: Jurucakap tentera Houthi, Yahya Sarea berkata pada hari Sabtu (11 Januari) kumpulan itu menyasarkan kapal pengangkut pesawat AS dan “sebilangan kapal perangnya” di kawasan utara Laut Merah.

Beliau membuat kenyataan itu sehari selepas sekutu AS, Israel mengebom stesen janakuasa dan dua pelabuhan di Yaman yang dikuasai Houthi, sebagai tindakan balas selanjutnya terhadap serangan dron dan peluru berpandu Houthi terhadap Israel.

Media pro-Houthi berkata sekurang-kurangnya tiga orang cedera.

Houthi telah berulang kali menembak dron dan peluru berpandu ke arah Israel dan melancarkan serangan ke atas perkapalan antarabangsa di perairan berhampiran Yaman sejak November 2023, sebagai sokongan kepada rakyat Palestin berhubung perang Israel dengan Hamas.

Israel telah bertindak balas dengan serangan udara, begitu juga dengan Britain dan Amerika Syarikat. – REUTERS

Ikuti sekarang! WhatsApp Channel rasmi Buletin TV3 untuk berita terkini setiap masa.

Loading...
Terkini