comscore
Tumpuan :
Dunia

Houthi sedia nilai semula serangan jika pencerobohan Gaza dihentikan

Foto: Reuters

HODEIDAH: Pejuang Houthi di Yemen menegaskan sedia mempertimbang semula serangan di Laut Merah.

Namun, ia jika Israel menamatkan pencerobohan di Gaza.

Perjanjian gencatan senjata semata-mata yang dicapai tidak menjamin serangan dihentikan.

Jurucakap Houthi, Mohammed Abdulsalam memaklumkan, keadaan itu akan dinilai semula melalui tindakan, iaitu pengepungan Gaza berakhir dan bantuan kemanusiaan bebas masuk.

Firma keselamatan maritim Britain memaklumkan, kapal pengangkut pukal dimiliki dan dikendalikan Greece diserang pada Selasa.

Sementara itu, media Houthi pada Selasa turut melaporkan Amerika Syarikat dan United Kingdom melancarkan dua serangan udara ke atas Hodeidah, yang juga bandar pelabuhan tertua di Yemen.

Risiko perkapalan meningkat berikutan serangan Houthi di Laut Merah dan Selat Bab al-Mandab sejak November 2023.

Houthi menyifatkan langkah itu sebagai solidariti Palestin yang dizalimi Israel di Gaza.

Ikuti sekarang! WhatsApp Channel rasmi Buletin TV3 untuk berita terkini setiap masa.

Loading...
Terkini