comscore
Tumpuan :
Dunia

Houthi terus sasar kapal sekutu Israel di Laut Merah, Laut Arab

FOTO: Reuters

SANAA: Pasukan Houthi di Yemen melancarkan operasi ketenteraan menyasarkan tiga buah kapal di Laut Merah dan Laut Arab.

Menurut jurucakap tenteranya, Houthi yang mengawal kebanyakan kawasan perairan berkenaan sealiran dengan Iran.

Pasukan itu akan menyasarkan pengangkutan yang dikenal pasti ada kaitan dengan rejim serta sekutu sebagai tanda solidariti terhadap Palestin yang sehingga kini terus dibelenggu Israel.

Dalam satu kenyataan disiarkan televisyen tempatan, Houthi mengesahkan dua kapal di Laut Merah – Roza dan Vantage Dream menjadi sasaran misil dan dronnya.

Manakala kapal ketiga, Maersk Seletar milik Amerika Syarikat dihujani ledakan dron di Laut Arab.

Houthi dalam pada itu menegaskan, tindakan itu akan diteruskan sehingga rejim Israel menghentikan keganasan di Gaza.

Ikuti sekarang! WhatsApp Channel rasmi Buletin TV3 untuk berita terkini setiap masa.

Loading...
Terkini