comscore
Tumpuan :
Dunia

Houthi Yaman teruskan operasi ketenteraan ke atas Israel

Penduduk Yaman berhimpun di Sanaa sebagai tanda bantahan ke atas serangan Israel di Gaza. – FOTO: Reuters

SANAA: Kumpulan Houthi di Yaman berkata, kumpulan itu akan meneruskan tindakan ketenteraan terhadap Israel dan menghalang kapal rejim itu daripada melalui Laut Merah, lapor Anadolu memetik Agensi Berita Saba.

Kenyataan itu dikeluarkan beberapa jam selepas Sanaa, ibu negeri Yaman, menjadi sasaran serangan udara.

“…ia sama sekali tidak akan menghalang Yaman daripada meneruskan operasi ketenteraannya terhadap musuh kami Israel dan menghalang kapal sekutu mereka menuju ke pelabuhan Palestin yang diduduki (rejim Israel).

“Pencerobohan Israel pasti akan cuba dihalang oleh angkatan tentera kami. Operasi ketenteraan Yaman terhadap musuh dan menghalang laluan kapalnya dan kapal dari negara lain yang membawa barangan ke sana,” menurut kenyataan itu.

FOTO: Reuters

Amerika Syarikat dilaporkan melancarkan serangan udara terbaharu di Sanaa pada Sabtu, sehari selepas serangan dilakukan oleh Washington dan London terhadap sasaran di kawasan yang dikawal oleh Houthi di Yaman.

Selepas serangan pada Jumaat yang mengorbankan lima ahli Houthi, kumpulan itu berikrar bahawa semua kepentingan Amerika Syarikat dan Britain akan menjadi ‘sasaran’ sebagai tindak balas kepada ‘pencerobohan langsung’ mereka terhadap Yaman.

Loading...
Terkini