comscore
Tumpuan :
Dunia

Hujan lebat cetus banjir buruk dan huru-hara di Brazil

FOTO: Reuters

BRAZIL: Hujan lebat sejak 25 Februari lalu mencetuskan banjir buruk dan huru hara di Brazil.

Limpahan air sungai serta insiden membabitkan bencana turut mengakibatkan kerosakan harta benda serta kecederaan kepada penduduk.

Acre wilayah paling teruk terjejas menyaksikan lebih 5,400 penduduk berlindung di 57 pusat perlindungan sementara.

FOTO: Reuters

30 keluarga hilang tempat bergantung serta harta benda mereka.

Turut terjejas Sao Paulo yang menyaksikan lebih 20 penerbangan dibatalkan akibat cuaca buruk.

Jabatan Meteorologi dalam pada itu meramalkan hujan lebat dalam tempoh 48 jam di wilayah Acre dan taburan hujan sederhana di wilayah timur Brazil. – reliefweb

Ikuti sekarang! WhatsApp Channel rasmi Buletin TV3 untuk berita terkini setiap masa.

Loading...
Terkini