Tumpuan :
Dunia

Hujan lebat landa Okinawa

Foto fail Reuters

TOKYO: Agensi cuaca Jepun pada Ahad menggesa penduduk Okinawa untuk berwaspada terhadap kemungkinan tanah runtuh dan bencana lain susulan hujan lebat yang melanda wilayah selatan negara itu, lapor Xinhua.

Data Agensi Meteorologi Jepun (JMA) menunjukkan bahawa sekitar 110 milimeter (mm) hujan diramal turun dalam tempoh satu jam hingga 8.30 pagi waktu tempatan (2330 GMT pada Sabtu) di beberapa kawasan di Okinawa, termasuk kawasan berhampiran bahagian barat dan timur Bandar Nago.

Hujan lebat berserta kilat berkemungkinan berlaku di Wilayah Okinawa hingga petang Ahad, manakala wilayah Amami juga dijangka dilanda hujan lebat, menurut JMA.

Pegawai cuaca menasihatkan orang ramai supaya berhati-hati terhadap risiko tanah runtuh, banjir di kawasan rendah dan air sungai yang melimpah. – BERNAMA-XINHUA

Ikuti sekarang! WhatsApp Channel rasmi Buletin TV3 untuk berita terkini setiap masa.

Loading...
Terkini