comscore
Tumpuan :
Dunia

Hukuman ke atas Trump ditangguh 26 November

Foto: Reuters

NEW YORK: Bekas Presiden Amerika Syarikat, Donald Trump berpeluang bertanding merebut jawatan Presiden susulan hukuman ke atasnya dalam perbicaraan jenayah rasuah ditangguhkan 26 November depan.

Penangguhan hukuman terbabit adalah kali kedua yang sepatutnya berlangung 11 Julai lalu, sebelum ditangguhkan 18 September ini.

Penangguhan 11 Julai lalu selepas Mahkamah Agung memutuskan Trump mempunyai kekebalan yang luas daripada pendakwaan jenayah.

Ia pastinya langkah kanan buat parti Republikan yang mempertaruhkan Trump untuk menentang Kamala Harris dalam Pilihan Raya Presiden AS pada 5 November nanti.

Keputusan penangguhan berkenaan tatkala Trump dan calon parti Demokrat, Harris bakal berdebat Selasa ini. – REUTERS

Ikuti sekarang! WhatsApp Channel rasmi Buletin TV3 untuk berita terkini setiap masa.

Loading...
Terkini