comscore
Tumpuan :
Dunia

Hukuman mati terhadap penyanyi rap dibatalkan 

TEHRAN: Hukuman mati terhadap penyanyi rap popular Iran, Toomaj Salehi dibatalkan oleh Mahkamah Agung negara itu.

Toomaj dipenjarakan kerana menyokong bantahan di seluruh negara yang dicetuskan dengan kematian tahanan wanita Iran-Kurdish, Mahsa Amini.

Menurut peguam penyanyi itu, Amir Raisian menerusi catatan di X memberitahu; “Hukuman mati Salehi telah dibatalkan”

Amir berkata, Mahkamah Agung mengarahkan perbicaraan semula diadakan.

Bulan lalu, mahkamah Iran menjatuhkan hukuman mati terhadap Toomaj kerana menyokong demonstrasi jalanan itu.

Iran sebelum ini berdepan bantahan selama beberapa bulan berhubung kematian Amini, selepas dia ditahan kerana didakwa melanggar kod pakaian ketat wanita.

Protes selama beberapa bulan itu menyaksikan ratusan orang terbunuh dalam pertempuran jalanan, termasuk berpuluh-puluh anggota keselamatan.

Beribu-ribu penunjuk perasaan ditahan oleh pihak berkuasa yang bertindak untuk memadamkan apa yang mereka anggap sebagai rusuhan yang dihasut oleh orang asing.

Ikuti sekarang! WhatsApp Channel rasmi Buletin TV3 untuk berita terkini setiap masa.

Loading...
Terkini