comscore
Tumpuan :
Dunia

Ibu mengandung antara 10 maut dalam serangan tentera Zionis

 

GAZA: Israel memperhebat serangannya ke atas Gaza dalam tempoh 24 jam lalu termasuk daerah Az-Zawayda.

Serangan mengakibatkan sekurang-kurangnya 10 terbunuh termasuk seorang ibu mengandung.

Serangan di daerah lain termasuk utara Kem Pelarian Jabalia yang meragut enam nyawa penduduk Palestin.

Kawasan bergolak ini menyaksikan sekurang-kurangnya 300 kediaman penduduk musnah dengan pertempuran sengit masih berlangsung.

Daerah Zeitoun di Gaza City pula, dua maut manakala sejumlah lagi penduduk cedera dalam serangan tentera rejim.

Rafah yang terus menerus jadi sasaran Israel sejak dua minggu lalu menyaksikan sejumlah penduduk cedera akibat bedilan helikopter dan dron.

Di Tebing Barat pula, Pasukan Bulan Sabit Merah mengesahkan angka korban serbuan tentera rejim ke atas Kem Pelarian Jenin meningkat kepada lapan orang. – AL JAZEERA

Ikuti sekarang! WhatsApp Channel rasmi Buletin TV3 untuk berita terkini setiap masa.

Loading...
Terkini