comscore
Tumpuan :
Dunia

ICJ arah Israel ambil tindakan atasi kebuluran di Gaza

FOTO: Reuters

THE HAGUE: Mahkamah Keadilan Antarabangsa (ICJ) sebulat suara mengarahkan Israel untuk mengambil semua tindakan yang perlu dan berkesan bagi memastikan bekalan makanan asas tiba tanpa sebarang penangguhan kepada penduduk Palestin di Gaza.

Langkah baharu itu diminta oleh Afrika Selatan sebagai sebahagian daripada kes berterusannya yang menuduh Israel melakukan pembunuhan beramai-ramai di Gaza.

Menurut ICJ, rakyat Palestin di Gaza menghadapi keadaan hidup yang teruk, kelaparan dan kebuluran semakin meruncing.

Hakim dalam perintah berkata, mahkamah memerhatikan rakyat Palestin di Gaza tidak lagi hanya menghadapi risiko kelaparan malah sehingga ke tahap kebuluran.

FOTO: Reuters

Januari lalu, ICJ mengarahkan Israel menghentikan sebarang tindakan di bawah Konvensyen Genosid dan memastikan tenteranya tidak melakukan pembunuhan beramai-ramai terhadap rakyat Palestin di Gaza.

Dan dalam perintah terbaharu pada Khamis, mahkamah mengesahkan arahan pada Januari itu dan menambah, Israel perlu mengambil tindakan memastikan penyediaan perkhidmatan asas dan bantuan kemanusiaan tanpa halangan.

Ini termasuk makanan, air dan elektrik serta bekalan perubatan serta rawatan perubatan kepada rakyat Palestin di seluruh Gaza.

Mahkamah turut memerintahkan Israel menyerahkan laporan dalam tempoh sebulan selepas perintah itu, bagi memperinci tindakan terbabit memberi kesan kepada keputusan berkenaan.

Ikuti sekarang! WhatsApp Channel rasmi Buletin TV3 untuk berita terkini setiap masa.

Loading...
Terkini