comscore
Tumpuan :
Dunia

ICJ tolak permintaan Israel untuk tangguh perbicaraan

FOTO: Reuters

AMMAN: Mahkamah Keadilan Antarabangsa (ICJ) telah menolak permintaan Israel untuk menangguhkan perbicaraan pada Khamis hingga minggu depan, lapor Agensi Berita Jordan (Petra) dengan memetik akhbar Israel, Yediot Aharonot pada Rabu.

Akhbar itu menyatakan bahawa Israel menjangkakan ICJ akan mengeluarkan arahan untuk menghentikan serangan pada Khamis, sambil menambah bahawa ia tidak berhasrat untuk mematuhinya.

Sebaliknya, Perbadanan Penyiaran Israel mengesahkan bahawa Israel akan menghantar pasukan undang-undang ke ICJ untuk memberi maklum balas terhadap permintaan untuk menghentikan perang. – BERNAMA-PETRA

Ikuti sekarang! WhatsApp Channel rasmi Buletin TV3 untuk berita terkini setiap masa.

Loading...
Terkini