comscore
Tumpuan :
Dunia

Jumlah mangsa banjir, aliran lava sejuk Gunung Marapi kini 50 orang

Foto: Reuters

SUMATERA BARAT: Jumlah mangsa yang maut akibat banjir kilat dan aliran lava sejuk dari Gunung Marapi di Indonesia pada hujung minggu lalu, meningkat kepada 50 orang.

Menurut Ketua Operasi Mencari dan Menyelamat Wilayah Padang, kebanyakan mangsa ditemui di kawasan paling teruk terjejas iaitu Agam dan Tanah Datar.

Angka korban dijangka akan terus meningkat sementara operasi mencari 27 mangsa yang hilang diteruskan.

Pada masa sama, pasukan penyelamat turut berdepan kesukaran ke lokasi di kawasan terpencil.

Dalam insiden malam Sabtu lalu, banjir dan aliran lava sejuk diburukan lagi dengan hujan lebat berterusan menghanyutkan penduduk kampung dan 79 kediaman.

Bencana itu turut mengakibatkan lebih 3,300 orang berpindah ke pusat penempatan sementara. – THE WASHINGTON POST

Ikuti sekarang! WhatsApp Channel rasmi Buletin TV3 untuk berita terkini setiap masa.

Loading...
Terkini