comscore
Tumpuan :
Dunia

Imran Khan, isteri dihukum penjara 14 tahun membabitkan kes hadiah negara

Foto: Reuters

ISLAMABAD: Bekas Perdana Menteri Pakistan Imran Khan dan isterinya Bushra Bibi, dijatuhi hukuman pejara 14 tahun pada Rabu membabitkan kes hadiah negara atau kes Toshakhana.

Hukuman itu diputuskan oleh mahkamah di bandar markas tentera di timur laut Penjara Adiala Rawalpindi, tempat bekas perdana menteri itu sedang menjalani hukuman, menurut Agensi Anadolu.

Pada Selasa, Khan dan bekas menteri luar Shah Mahmood Qureshi dijatuhi hukuman penjara 10 tahun kerana melanggar Akta Rahsia Negara. – BERNAMA-ANADOLU

Loading...
Terkini