comscore
Tumpuan :
Dunia

India hadkan eskport bawang, tingkatkan bekalan dalam negara

Foto hiasan/ NSTP

NEW DELHI: India menyekat eksport bawang dengan mengenakan harga eksport minimum sebanyak AS$800 (RM3,822) satu tan.

Harga lantai tetap berkuat kuasa pada Ahad dan akan dikekalkan sehingga akhir 2023, menurut kenyataan Kementerian Hal Ehwal Pengguna.

“Langkah itu diambil untuk mengekalkan ketersediaan bawang yang mencukupi kepada pengguna domestik pada harga berpatutan kerana kuantiti simpanan bawang dari musim tanaman 2023 semakin berkurangan,” katanya.

Kerajaan juga memperoleh tambahan 200,000 tan bawang untuk meningkatkan stok penimbalnya.

India mengenakan 40 peratus duti eksport ke atas bawang pada Ogos.

Harga bawang di wilayah Delhi telah meningkat sehingga 50 peratus dalam beberapa hari kebelakangan ini dan dijangka melonjak lebih 40 peratus bulan depan daripada paras semasa, menurut laporan media tempatan.- Bernama

Loading...
Terkini