Tumpuan :
Dunia

India uji peluru berpandu hipersonik jarak jauh

FOTO: Kementerian Pertahanan India.

NEW DELHI: India melancarkan ujian peluru berpandu hipersonik jarak jauh pertamanya sebagai sebahagian daripada usaha untuk mengukuhkan persenjataannya.

Ujian itu dijalankan oleh Pertubuhan Penyelidikan dan Pembangunan Pertahanan (DRDO) pada Sabtu di luar pantai negeri Odisha, kata Menteri Pertahanan Rajnath Singh pada Ahad.

Peluru berpandu hipersonik itu direka untuk menyerang sasaran pada jarak lebih 1,500 kilometer (km), lapor media India.

India telah membangunkan pelbagai jenis peluru berpandu untuk meningkatkan kesiapsiagaan tenteranya terhadap saingan Pakistan dan China.

Tumpuan negara itu dalam beberapa tahun kebelakangan ini beralih kepada memperkukuh keupayaan pembuatan ketenteraan domestik. DRDO baru-baru ini telah melancarkan ujian peluru berpandu jelajah serangan darat jarak jauh pertamanya dari Chandipur di Odisha.

Sejak 1990-an, India telah meluaskan rangkaian peluru berpandu balistiknya dengan ketara, termasuk Agni-5 yang berkeupayaan nuklear dan terbang sejauh 5,000 km. – BERNAMA

Ikuti sekarang! WhatsApp Channel rasmi Buletin TV3 untuk berita terkini setiap masa.

Loading...
Terkini