comscore
Tumpuan :
Dunia

Indonesia ganti Ketua Nusantara beberapa minggu sebelum dibuka

Foto: Reuters

NUSANTARA: Presiden Indonesia melakukan rombakan mengejut dengan menukar Ketua ibu kota baharu negara itu, Bambang Susantono.

Ia beberapa minggu sebelum projek kontroversi bernilai AS$32 bilion dijalankan secara rasmi di Kepulauan Borneo.

Menurut kerajaan Indonesia, pemimpin itu meletak jawatan tanpa penjelasan lanjut dan akan digantikan Menteri Kerja Raya dan Perumahan, Basuki Hadimuljono.

Timbalannya, Dhony Rahajoe, digantikan oleh Timbalan Menteri Pertanian.

Kota itu dijadual mula beroperasi sebagai pusat politik baharu republik berkenaan pada 17 Ogos iaitu tanggal Hari Kemerdekaan Indonesia.

Perpindahan ke ibu kota baharu dinamakan Nusantara itu bertujuan menangani kesesakan lalu lintas dengan sebahagian kawasan diramalkan bakal tenggelam berikutan pencemaran alam sekitar.

Kira-kira 1.9 juta orang disasarkan menetap di Nusantara menjelang 2045.

Ikuti sekarang! WhatsApp Channel rasmi Buletin TV3 untuk berita terkini setiap masa.

Loading...
Terkini