comscore
Tumpuan :
Dunia

Indonesia, Thailand mulakan rancangan tubuh badan Peguam Negara ASEAN

JAKARTA: Indonesia dan Thailand telah memulakan rancangan untuk menubuhkan sebuah badan Peguam Negara ASEAN bawah Sekretariat ASEAN bertujuan menangani isu-isu undang-undang utama dalam kalangan negara anggota.

Pengumuman itu dibuat selepas mesyuarat antara Pejabat Peguam Negara kedua-dua negara pada Persidangan Peguam Negara China-ASEAN Ke-14 yang diadakan di Singapura dari 28 Oktober lalu hingga hari ini.

“Kami membincangkan kepentingan untuk mewujudkan badan rasmi bagi menangani isu-isu berkaitan tugas Peguam Negara di negara-negara anggota ASEAN,” kata Timbalan Peguam Negara Indonesia bagi Hal Ehwal Sivil dan Pentadbiran, R Narendra Jatna, dalam satu kenyataan, hari ini.

Beliau juga mengadakan mesyuarat dua hala dengan Peguam Negara Singapura serta Vietnam, dan pihak terbabit menyatakan hasrat untuk memperkukuh kerjasama melalui memorandum persefahaman (MoU).

“Dengan mengambil kira kedudukan penting kami sebagai anggota ASEAN, kami komited secara kolektif untuk menegakkan undang-undang dan memerangi jenayah dalam konteks rantau ini,” katanya.

Persidangan Peguam Negara China-ASEAN Ke-14 bertujuan mengukuhkan kerjasama dalam penguatkuasaan undang-undang dan pencegahan jenayah dalam kalangan negara-negara anggota ASEAN dan China. – BERNAMA

Ikuti sekarang! WhatsApp Channel rasmi Buletin TV3 untuk berita terkini setiap masa.

Loading...
Terkini