comscore
Tumpuan :
Dunia

Indonesia tingkatkan baja bersubsidi untuk capai tahap sara diri makanan

FOTO: Reuters

JAKARTA: Kerajaan Indonesia telah meningkatkan baja bersubsidi untuk petani daripada 4.7 juta tan kepada 9.5 juta tan bagi mencapai tahap sara diri dalam makanan, lapor Xinhua.

Pengerusi Persatuan Petani dan Nelayan Indonesia, Yadi Sofyan Noor berkata baja bersubsidi yang diperuntukkan kerajaan kepada petani di seluruh negara menjadi penggalak untuk mencapai tahap sara diri dalam makanan.

Menurut beliau nilai 9.5 juta tan baja itu ialah 54 trilion rupiah (US$3.4 bilion).

Beliau berkata baja bersubsidi itu termasuk baja kimia dan organik untuk sembilan jenis tanaman, iaitu padi, jagung, kacang soya, cili, bawang merah, bawang putih, tebu, kopi dan koko.

Pada Januari, Menteri Koordinator Bidang Perekonomian Airlangga Hartarto berkata Indonesia akan mengimport tiga juta tan beras tahun ini bagi mengatasi defisit berasnya disebabkan El Nino. – BERNAMA-XINHUA

Ikuti sekarang! WhatsApp Channel rasmi Buletin TV3 untuk berita terkini setiap masa.

Loading...
Terkini