comscore
Tumpuan :
Dunia

Insiden baling kerusi cemari program debat pilihan raya di Sao Paulo

SAO PAULO: Program debat sempena Pilihan Raya Datuk Bandar Sao Paulo, Brazil bertukar tegang apabila salah seorang calon bertindak membaling kerusi ke arah calon lain.

Menurut media tempatan, insiden cabar-mencabar dan isu peribadi mendorong Jose Luiz Datena, seorang calon dan juga penyampai televisyen bertindak sedemikian pada sesi rakaman program debat yang turut menampilkan lima lagi calon.

Datena dikatakan berang dengan tindakan seorang lagi calon, Pablo Marcal yang mengungkit dan mengejek kisah peribadi silamnya.

Tidak tahan terus diperlaku sedemikian, Datena mengambil kerusi studio dan membaling ke arah Marcal sebelum dihalang oleh kru bertugas.

Dia kemudiannya digugurkan dari program itu dan meninggalkan studio sementara rakaman membabitkan calon lain kembali diteruskan.

Manakala Marcal pula mengalami kecederaan pada tulang rusuknya dan segera diberikan rawatan di lokasi kejadian. – REUTERS

Ikuti sekarang! WhatsApp Channel rasmi Buletin TV3 untuk berita terkini setiap masa.

Loading...
Terkini