comscore
Tumpuan :
Dunia

Insiden tembakan ragut 8 nyawa, 13 cedera di Dubona

FOTO: REUTERS

SERBIA : Lagi insiden tembakan di Serbia, kali ini lapan terbunuh di daerah Dubona yang terletak kira-kira 60 kilometer di selatan Belgrade.

13 lagi individu cedera digegaskan ke hospital untuk rawatan segera

Menurut Jurucakap Kementerian Dalam Negeri, penyerang melepaskan tembakan dengan senjata automatik dari kenderaan sebelum melarikan diri.

Suspek lelaki berusia 21 tahun kini dalam buruan polis.

Operasi turut melibatkan pemantauan dengan helikopter di kawasan sekitar, unit antipengganas dan pasukan polis dari beberapa bandar berdekatan.

Kelmarin, penduduk digemparkan dengan insiden seorang pelajar berusia 13 tahun menembak mati lapan rakan sebaya dan seorang pengawal keselamatan di sekolah rendah belgrade. – CNN

Loading...
Terkini