comscore
Tumpuan :
Dunia

IQ Yusuf atasi individu genius terkemuka Einstein dan Hawking

Foto: Agensi

LONDON: Kanak-kanak lelaki Muslim berusia 11 tahun dari Leeds, United Kingdom, mendapat markah 162 dalam ujian kecerdasan (IQ) mengatasi individu genius terkemuka iaitu Albert Einstein dan Stephen Hawking.

Portal Metro melaporkan, Yusuf Shah mencapai IQ maksimum untuk individu bawah 18 tahun.

Markah kanak-kanak tahun enam itu yang tertinggi mengatasi ahli fizik terkenal dunia Hawking dan Einstein yang mendapat 160 markah.

Yusuf memberitahu Metro, dia memutuskan untuk mengambil ujian Mensa selepas sentiasa diberitahu rakan mengenai kepintarannya.

“Saya sentiasa ingin menguji diri sama ada berada dalam dua peratus teratas orang yang mengambil ujian ini.

“Rasa bangga memiliki sijil istimewa ini untuk saya,” katanya.

Yusuf berkata, dia suka melakukan apa sahaja yang merangsang otak seperti teka-teki sudoku dan menyelesaikan kiub Rubik.

Yusuf bercita-cita untuk belajar matematik di Universiti Cambridge atau Universiti Oxford, manakala adiknya Khalid yang berusia lapan tahun berharap dapat mengambil ujian Mensa apabila mencapai usia matang.

Loading...
Terkini