comscore
Tumpuan :
Dunia

Iran adakan pilihan raya penentu untuk pilih presiden

FOTO: Reuters

TEHRAN: Iran akan melaksanakan pilihan raya penentu pada Jumaat untuk memilih presiden selepas tiada calon yang memperoleh 50 peratus undi dalam pemilihan pusingan pertama 28 Jun lalu.

Pemimpin Tertinggi Iran, Ayatollah Ali Khamenei melaksanakan tanggungjawabnya di Tehran sejurus selepas pusat pengundian dibuka pada 8 pagi waktu tempatan.

Pilihan raya itu diadakan di seluruh negara serta di 138 pejabat perwakilan Iran di luar negara.

Pilihan raya pusingan pertama sebelum ini menampilkan empat calon.

Masoud Pezeshkian dan Saeed Jalili menerima undian terbanyak, namun gagal memperoleh majoriti menyebabkan pilihan raya pusingan penentu dilaksanakan. – BERNAMA-IRNA

Ikuti sekarang! WhatsApp Channel rasmi Buletin TV3 untuk berita terkini setiap masa

Loading...
Terkini