comscore
Tumpuan :
Dunia

Iran bangun peluru berpandu hipersonik mampu tembusi pelbagai pertahanan.

IRAN: Iran mendakwa membangunkan peluru berpandu hipersonik yang berupaya menembusi pelbagai sistem pertahanan.

Perkara itu dinyatakan komander unit aeroangkasanya, Jeneral Amirali Hajizadeh.

Menurutnya, peluru berpandu hipersonik itu seperti peluru berpandu balistik tradisional yang boleh menghantar senjata nuklear dan terbang lebih daripada lima kali ganda kelajuan bunyi.

Ujarnya, peluru berpandu balistik hipersonik ini dibangunkan untuk menentang perisai pertahanan udara dengan keupayaan menggempur semua sistem pertahanan anti peluru berpandu.

Peluru berpandu itu juga menyasarkan sistem anti peluru berpandu musuh, mewakili lonjakan generasi yang hebat dalam bidang senjata.

Pengumuman itu dibuat beberapa hari selepas Iran mengaku menghantar dron ke Rusia, namun menafikan berbuat demikian sejak Rusia menyerang Ukraine.

Loading...
Terkini