comscore
Tumpuan :
Dunia

Iran beri amaran keras, bertindak balas terhadap zionis

Presiden Iran, Ebrahim Raisi . – FOTO: Reuters

IRAN: Presiden Iran, Ebrahim Raisi mendakwa serangan bom dilancarkan rejim zionis ke Iran ketika upacara menghormati bekas komander tertinggi Iran, Qassem Soleimani, sebagai tindakan kejam.

Raisi menggesa Israel perlu bertanggungjawab.

Malah beliau turut melaungkan amaran keras terhadap Israel dan mahu rejim itu menerima akibatnya kerana membunuh orang awam.

Dalam kejadian di bandar Kerman, selatan Iran, dua letupan bom membunuh lebih 100 orang dan mencederakan ramai orang awam ketika sedang berarak pada hari peringatan itu.

FOTO: Reuters

Siasatan juga mendapati dua bahan letupan ditanam di sepanjang jalan menuju ke Tanah Perkuburan Syahid Kerman dan diletupkan mengguna alat kawalan jauh.

Dalam pada itu, setiausaha agung Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu, PBB Antonio Guterres mengutuk sekeras-kerasnya serangan itu.

Dengan nada sama dengan Malaysia, beliau juga mahu pihak yang bertanggungjawab segera dibawa ke muka pengadilan.

Selain itu, banyak negara turut mengutuk serangan itu sebagai serangan pengganas.

| ARTIKEL BERKAITAN

Loading...
Terkini