comscore
Tumpuan :
Dunia

Iran berikrar balas dendam ke atas Israel

FOTO: Reuters

TEHRAN: Susulan serangan di kedutaan Iran di Damsyik, Syria yang meragut tujuh nyawa, Iran berikrar akan membalas dendam ke atas Israel.

Presiden Iran, Ebrahim Raisi dalam satu kenyataannya memaklumkan Tehran akan menghukum rejim Tel Aviv atas segala perbuatannya sama ada secara sengaja atau tidak sengaja terhadap kepentingan negara teluk itu di Syria.

Dalam kejadian di Damsyik, dua pegawai kanan tentera dan lima penasihat ketenteraan Iran maut dalam serangan terbaharu Israel.

Sumber dalaman Israel dalam pada itu mengesahkan serangan di Syria menyasarkan beberapa buah kawasan dan bangunan kedutaan Iran kononnya bukanlah lokasi asal serangan.

Setakat ini, Israel tidak mengaku bertanggungjawab terhadap serangan berkenaan. – REUTERS

Ikuti sekarang! WhatsApp Channel rasmi Buletin TV3 untuk berita terkini setiap masa.

Loading...
Terkini