comscore
Tumpuan :
Dunia

Iran Gagalkan 30 plot letupan pengganas-Kementerian Perisikan

Foto: Reuters

TEHRAN : Perisikan Iran telah menggagalkan rancangan pengganas yang menyasarkan tempat sesak di ibu negara Iran dan menahan 28 suspek

menurut Kementerian Perisikan melalui  kenyataan yang disiarkan di laman sesawangnya berkata, kementerian itu mendedahkan bahawa 30 letupan serentak telah dirancang dengan tujuan menggugat keselamatan negara

serta menimbulkan ketakutan dan mencetuskan kekacauan pada ulang tahun rusuhan musim gugur lalu.

“Pasukan Perisikan kami menyerang tempat persembunyian dan pangkalan pengganas di wilayah Tehran, Alborz dan Azarbaijan Barat, serta menahan anggota rangkaian pengganas itu,” menurut kenyataan itu.

Kenyataan itu turut menyenaraikan peralatan dan gear yang dirampas semasa operasi.

Seramai dua anggota Perisikan cedera semasa operasi itu apabila mereka berjaya menghalang letupan bunuh diri daripada merosakkan rumah berhampiran.  — BERNAMA-XINHUA

Loading...
Terkini