comscore
Tumpuan :
Dunia

Iran sasar lokasi Mossad di Iraq 

Tangkap layar lokasi sasaran di Erbil, Iraq. – FOTO: Reuters

IRAQ: Empat maut manakala enam lagi cedera dalam serangan ke atas sebuah lokasi berhampiran konsulat Amerika Syarikat di Erbil.

Tentera Revolusi Pertahanan Iran IRGC dalam kenyataannya mengaku mendalangi serangan itu yang dikatakan menjadi ibu pejabat agensi risikan Israel, Mossad

Menurut IRGC lagi, peluru berpandu balistik digunakan ke atas sasarannya di Erbil malah lapan letupan juga kedengaran awal pagi tadi

Media Reuters yang memetik sumber keselamatan Iraq mendedahkan, serangan turut menjejaskan laluan trafik di Lapangan Terbang Erbil

Tiada sebarang kecederaan atau kematian melibatkan warga Amerika Syarikat

IRGC dalam satu lagi kenyataan mengaku melancarkan serangan ke atas sebuah lokasi di Syria yang dikatakan menjadi lokasi kumpulan Daesh – AL JAZEERA

Loading...
Terkini