Tumpuan :
Dunia

Ireland peruntuk dana lindungi kejutan ekonomi Trump

Perdana Menteri Ireland, Simon Harris. – FOTO: Reuters

DUBLIN: Pihak berkuasa Ireland memperuntukkan dana yang besar bagi melindungi negara itu daripada potensi kejutan ekonomi yang mungkin timbul susulan dasar perdagangan Presiden dipilih Amerika Syarikat (A.S), Donald Trump.

Keputusan itu dimaklumkan Perdana Menteri Ireland, Simon Harris, dalam temu bual dengan media antarabangsa Sky News yang diterbitkan pada Ahad.

Menurut Harris, Trump menerima mandat besar hasil keputusan pilihan raya presiden A.S dan menambah ‘Trump benar-benar memaksudkan dengan apa yang dikatakan mengenai kedudukannya dalam soal perdagangan dan tarif’.

Jelas Harris, pentadbirannya tidak boleh berpuas hati, dan dengan itu langkah diambil partinya mengetepikan jumlah sangat besar ke dalam dana ini, dana masa depan, bagi melindungi negara berkenaan daripada sebarang kejutan ekonomi.

Trump telah mengumumkan rancangan untuk meneruskan dasar perlindungan dan mengenakan tarif 10 hingga 20 peratus ke atas import, dengan tarif ke atas barangan China mencecah sehingga 60 peratus.

Pada penggal pertamanya sebagai presiden A.S, Trump mengenakan tarif baharu ke atas keluli dan aluminium.

Pada akhir 2022, ‘perang perdagangan’ baharu mula terbentuk antara A.S dan rakan kongsi Eropahnya selepas negara itu menggubal undang-undang untuk memerangi inflasi, yang dianggap Eropah sebagai persaingan tidak adil.

Sebagai tindak balas, Kesatuan Eropah mengenakan tarif ke atas barangan A.S.

Ikuti sekarang! WhatsApp Channel rasmi Buletin TV3 untuk berita terkini setiap masa.

Loading...
Terkini