comscore
Tumpuan :
Dunia

[VIDEO] Israel bedil masjid di kawasan Kem Pelarian Jabalia

GAZA: Serangan bertali arus tentera rejim Israel ke Gaza turut menyasarkan sebuah masjid di kawasan Kem Pelarian Jabalia.

Ia menyebabkan kebakaran besar memusnahkan sebuah kedai peralatan elektrik berhampiran lokasi terbabit.

Serangan hari sama turut menyaksikan seorang wartawan mati ditembak tentera rejim di perkarangan Hospital al-Shifa.

Ia sekali gus menjadikan angka korban petugas media dalam Perang Israel – Palestin 137 orang sejak perang bermula pada 7 Oktober lalu.

Dalam pada itu serangan di Kem Pelarian Maghazu pula meragut lapan nyawa dengan sejumlah yang lain cedera.

Tentera rejim pada masa turut melancarkan serngan ke atas bandar Aleppo, Syria sehingga meragut 38 nyawa termasuk lima anggota kumpulan Hezbollah. – AL JAZEERA

Ikuti sekarang! WhatsApp Channel rasmi Buletin TV3 untuk berita terkini setiap masa.

Loading...
Terkini