comscore
Tumpuan :
Dunia

[VIDEO] Israel bedil sekolah di Khan Younis, 29 maut

GAZA: Lagi serangan tidak berhati perut tentera rejim Zionis ke atas beberapa sekolah di Gaza.

Serangan terbaharu disasarkan ke atas sekolah al-Awda di Khan Younis yang meragut hampir 30 nyawa.

Ketika kejadian ramai belia sedang bermain bola sepak.

Foto: Reuters

Keadaan bertukar menjadi huru-hara dengan sejumlah mayat mangsa hancur.

Turut jadi sasaran khemah penduduk berhampiran sekolah itu yang mengorbankan 25 nyawa.

Serangan ke atas Kem Pelarian Bureij di Deir al-Balah pula meragut 9 nyawa termasuk lima kanak-kanak yang sedang bermain di jalan raya.

Perang yang tercetus sejak 7 Oktober lalu telah meragut lebih 38,500 nyawa dengan hampir 88,000 lagi cedera – AL JAZEERA

Ikuti sekarang! WhatsApp Channel rasmi Buletin TV3 untuk berita terkini setiap masa

Loading...
Terkini