Tumpuan :
Dunia

Israel beri amaran serangan terhadap cubaan bekalkan senjata kepada Hizbullah

Jurucakap Tentera Israel, Daniel Hagari. FOTO: Reuters

TEL AVIV: Israel memberi amaran kepada mana-mana pihak yang cuba menyeludup bantuan senjata kepada kumpulan pejuang Hizbullah.

Jurucakap Tentera Israel, Daniel Hagari, pada Khamis berkata, tentera Rejim tidak akan teragak-agak melancarkan serangan kepada mana-mana pihak terutama di Syria yang menyokong Hizbullah menerusi pembekalan senjata.

“Kami sedang mengesan roket dan senjata lain yang dilancarkan oleh Hizbullah ke wilayah Israel yang dihasilkan di Syria dan diberikan kepada Hizbullah dari Syria.

“Kami akan menyerang setiap usaha untuk membawa senjata dari Syria ke Hezbollah. Kami juga akan menyerang semua infrastruktur yang kami kesan di Syria yang bertujuan untuk menghasilkan senjata bagi Hezbollah.”

Hagari turut menambah bahawa tentera Israel telah melancarkan serangan udara dari pinggir Beirut dan kubu kuat Hizbollah di Dahiyeh, menuju ke Damascus.

Kenyataan itu dibuat sejurus selepas agensi berita negara Syria melaporkan satu serangan udara yang dipercayai dilakukan tentera rejim, yang dilaporkan telah mengenai sebuah jambatan di Syria berhampiran sempadan utara Lubnan.

Ikuti sekarang! WhatsApp Channel rasmi Buletin TV3 untuk berita terkini setiap masa.

Loading...
Terkini