BEIRUT: Pengganas rejim Israel melancarkan siri serangan ke atas Lubnan dengan sasaran kebanyakannya tertumpu di Beirut, Baalbek dan Tyre.
Israel dalam kenyataannya mendakwa, serangan ke atas Ibu Pejabat Hizbullah di Beirut meragut nyawa Komander Suhail Hussein Husseini.
Beberapa pangsapuri dan infrastruktur turut dibedil pesawat rejim di timur Baalbek.
Lokasi lain termasuk Flawiye, Bodai, Wadi Umm dan Beit Mchik selain serangan dron di Dahiyeh.
Israel pada masa sama turut mengeluarkan amaran berpindah kepada penduduk di 130 penempatan di selatan Lubnan sekali gus mencetuskan kebimbangan penduduk.
Dalam pada itu, Kumpulan Hizbullah melancarkan tindak balas bedilan roket ke atas kedudukan musuh di utara Israel.
Tiga serangan roket dan peluru berpandu disasarkan ke Dishon, Dalton, Yaroun dan Galilee.
Terdahulu Hizbullah turut melancarkan lima peluru berpandu ke kem tentera rejim di Tel Aviv – AL JAZEERA
Ikuti sekarang! WhatsApp Channel rasmi Buletin TV3 untuk berita terkini setiap masa.