comscore
Tumpuan :
Dunia

Israel dijangka berdepan kecaman memuncak pelbagai negara 

FOTO: Reuters

GAZA : Tindakan rejim Israel menyasarkan petugas bantuan kemanusiaan yang membawa makanan kepada penduduk di Gaza dikecam masyarakat dunia.

Serangan itu menjadikan angka korban kakitangan agensi kemanusiaan meningkat hampir 200 orang dengan 175 daripadanya adalah kakitangan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB).

Israel dijangka berdepan kecaman memuncak pelbagai negara dengan Kanada antara yang terawal bakal menghantar surat mengutuk tindakan rejim itu ke Kementerian Luar Israel.

Tindakan itu diambil selepas salah seorang rakyat Kanada dengan dwi warganegara antara tujuh maut dalam serangan rejim ke atas konvoi World Central Kitchen di Gaza.

Dalam pada itu, Pergerakan Hamas dalam satu kenyataan berkata, serangan itu sengaja dilakukan tentera rejim Israel bagi mengekang operasi bantuan kemanusiaan terutama bantuan makanan kepada penduduk Gaza.

Justeru, Hamas menggesa masyarakat antarabangsa dan Majlis Keselamatan PBB, UNSC untuk mengutuk tindakan keji rejim Israel itu.  – AL JAZEERA

Ikuti sekarang! WhatsApp Channel rasmi Buletin TV3 untuk berita terkini setiap masa.

Loading...
Terkini