BEIRUT: Tindakan komuniti antarabangsa yang berterusan ‘mendiamkan diri’ menyebabkan Israel semakin galak melakukan serangan di Lubnan.
Perdana Menterinya, Najib Mikati turut mempersoalkan keberkesanan merujuk kepada Majlis Keselamatan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) untuk langkah gencatan senjata dan mendesak pendirian yang lebih tegas terhadap pencerobohan Israel.
“Israel ‘dengan sengaja’ menyasarkan serangan terhadap orang awam di bandar Nabatieh sehingga mengorbankan Datuk Bandar, Ahmad Kahil bersama lima yang lain.
“Jika semua negara di dunia tidak mampu untuk menghalang pencerobohan yang digambarkan terhadap rakyat Lebanon, adakah ada gunanya setelah merujuk kepada Majlis Keselamatan untuk menuntut gencatan senjata?
“Dan penyelesaian apa yang boleh diharapkan dalam keadaan realiti ini?” tambahnya.
Beliau pada masa yang sama juga bertanyakan penyelesaian apa lagi yang mampu diharapkan dalam situasi yang memuncak di negara itu melihat kepada kezaliman rejim yang turut menyasarkan anggota pasukan interim PBB di Lubnan (UNIFIL).
Ikuti sekarang! WhatsApp Channel rasmi Buletin TV3 untuk berita terkini setiap masa.