comscore
Tumpuan :
Dunia

Israel hipokrit, desak gencatan senjata di Hospital Nasser

FOTO: Reuters

GAZA: Selepas meragut tiga nyawa rakyat Palestin, tentera Israel mengeluarkan kenyataan bercanggah dengan menggesa operasi ketenteraan di Hospital Nasser perlu dihentikan serta-merta.

Rejim itu mendakwa kononnya Hamas terus-menerus menjalankan aktiviti ketenteraan sekitar hospital berkenaan yang terletak di Khan Younis.

Fasiliti kesihatan itu sebelum ini turut dijadikan tempat untuk meletakkan banduan.

Menerusi kenyataan di X, tentera Israel mendesak gencatan senjata sekitar Hospital Nasser perlu dilakukan serta-merta selain tentera rejim perlu beredar dari situ.

FOTO: Reuters

Menurut zionis, sekiranya Hamas tidak menghentikan aktiviti tenteranya, Israel akan melakukan serangan balas.

Hospital Nasser merupakan fasiliti kesihatan terbesar di selatan Gaza ini telah dikepung selama beberapa hari.

Jenazah mereka yang terkorban ditembak penembak tepat hanya dibiarkan bergelimpangan selama beberapa hari ekoran situasi yang tidak selamat.

Ikuti sekarang! WhatsApp Channel rasmi Buletin TV3 untuk berita terkini setiap masa.

Loading...
Terkini