comscore
Tumpuan :
Dunia

Israel kini sasar rangkaian kewangan Hizbullah

Foto: Reuters

TEL AVIV: Israel kini menyasarkan rangkaian kewangan awam milik kumpulan pejuang Hizbullah di Lubnan, tegas jurucakap Tentera Pertahanan Israel (IDF), Daniel Hagari.

Menurutnya , serangan IDF itu akan menyasarkan Persatuan Al-Qard Al-Hassan iaitu kumpulan pejuang yang berpangkalan di Lubnan.

“Kami akan menyerang sejumlah besar sasaran dalam beberapa jam akan datang dan sasaran tambahan pada waktu malam.

“Dalam beberapa hari akan datang, kami juga akan mendedahkan bagaimana Iran membiayai aktiviti Hizbullah dan menggunakan institusi (kewangan) awam, persatuan dan NGO sebagai Identi untuk operasi mereka.

“Kami akan menyerang mereka pada waktu malam dan akan memberikan maklumat terkini mengenai hasilnya dalam beberapa hari akan datang,” katanya dalam satu sidang media yang disiarkan di saluran televisyen tempatan.

Hagari juga berkata penduduk Lubnan berhampiran kawasan sasaran diminta untuk berpindah.

Tambahnya, tujuan serangan itu antara lain adalah untuk mendedahkan bagaimana Iran membiayai aktiviti perjuangan Hizbullah.

Sementara itu, menurut saluran TV Hezbollah, Al-Manar, persatuan tersebut merupakan sebuah institusi kewangan yang bukan berasaskan keuntungan, dikaitkan dengan Hizbullah sejak 1983.

Ikuti sekarang! WhatsApp Channel rasmi Buletin TV3 untuk berita terkini setiap masa.

Loading...
Terkini