Tumpuan :
Dunia

Israel lancar 27 serangan udara di Lubnan

FOTO: Reuters

LUBNAN: Israel melancarkan sekurang-kurangnya 27 serangan udara menyasarkan orang awam dan rumah ibadat semalaman di Lubnan.

Jurucakap Hizbullah, Mohammad Afif antara empat maut dalam bedilan Israel di daerah Ras Al Naba’a, Beirut.

Serangan turut mengakibatkan 14 yang lain cedera termasuk dua kanak-kanak.

Sasaran lain di Lubnan termasuk sebuah bangunan di Burj al-Barajneh dan daerah Ain Al-Rummaneh.

Turut dibedil bangunan 12 tingkat di daerah Chiyah.

FOTO: Reuters

Hanya selepas melancarkan serangan itu, Israel mengeluarkan amaran berpindah kepada penduduk.

Hari yang sama turut menyaksikan 16 serangan udara dilancarkan ke beberapa bandar berhampiran sempadan Israel termasuk Jibchit, Aaba dan Deir al-Zahrani.

11 kematian dan 48 lagi penduduk cedera dalam bedilan Israel di bandar Tyre.

Pertempuran di Pos Tentera Lubnan di daerah al-Mari pula meragut dua nyawa dan dua lagi cedera.

Menteri Pendidikan Lubnan Abbas Halabi dalam pada itu mengumumkan penutupan sekolah di wilayah Chouf, Matn, Baabda dan Aley. – AL JAZEERA

Ikuti sekarang! WhatsApp Channel rasmi Buletin TV3 untuk berita terkini setiap masa.

Loading...
Terkini