comscore
Tumpuan :
Dunia

Israel lancar peluru berpandu terhadap Iran

WASHINGTON: Israel melancarkan peluru berpandu terhadap Iran, beberapa hari selepas Iran melakukan serangan dron ke atas Israel, sebagai tindak balas terhadap serangan ke atas kedutaan Iran di Syria.

Agensi berita Fars Iran berkata, letupan kedengaran di lapangan terbang di bandar Isafahan di Iran, tetapi puncanya belum dapat diketahui.

Beberapa tapak nuklear Iran terletak di wilayah Isfahan, termasuk Natanz, pusat program pengayaan uranium Iran.

Susulan itu, beberapa penerbangan dilencongkan dari ruang udara Iran, lapor CNN.

Pada hujung minggu, Iran melancarkan ratusan dron dan peluru berpandu dalam serangan balas selepas Israel disyaki menyerang di kawasan kedutaannya di Syria.

Bagaimanapun, kebanyakan dron dan peluru berpandu berjaya dipintas sebelum sampai ke wilayah Israel.

Iran memberitahu Majlis Keselamatan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNSC) bahawa Israel ‘mesti dipaksa untuk menghentikan sebarang tindakan ketenteraan selanjutnya terhadap kepentingan Iran’.

Israel berkata ia akan bertindak balas terhadap serangan peluru berpandu dan dron Iran pada 13 April.

Penganalisis dan pemerhati meluahkan kebimbangan mengenai risiko perang Israel-Gaza merebak ke seluruh wilayah itu. – REUTERS

Ikuti sekarang! WhatsApp Channel rasmi Buletin TV3 untuk berita terkini setiap masa.

Loading...
Terkini