comscore
Tumpuan :
Dunia

Israel lancar serangan ke Syria

FOTO: REUTERS

SYRIA: Terbaru, Israel melancarkan peluru berpandu ke Syria sebagai serangan balas yang dilancarkan negara itu sebelum ini.

Serangan terbabit bagaimanapun tidak menyebabkan sebarang kemusnahan mahupun kemalangan jiwa.

Pergolakan yang tercetus sejak kebelakangan ini menyaksikan situasi semakin meruncing di beberapa lokasi termasuk Gaza, Lubnan, timur Baitulmaqdis dan Tebing Barat.

Kerajaan Syria buat masa ini masih belum memberikan sebarang kenyataan berkaitan serangan itu.

Tentera Israel dalam pada itu memaklumkan pihaknya telah melancarkan serangan udara dan dron menyasarkan pelancar roket di Syria.

Menurut agensi media tempatan, pelancar roket itu didakwa milik Briged Al Quds, sayap kanan gerakan Jihad Islam Palestin.

Serangan peluru berpandu Syria itu adalah serangan balas dari ketegangan Israel-Palestin yang memuncak akibat serbuan polis Israel di Masjid Al-Aqsa tempoh hari.

Loading...
Terkini