comscore
Tumpuan :
Dunia

Israel langgar khemah hospital dengan jentolak, puluhan terkorban

GAZA: Israel sudah melampaui batas.

Terbaru, puluhan rakyat Palestin terkorban dalam cara yang cukup tragis dan kejam apabila tentera zionis menggunakan jentolak melanggar sebuah khemah yang ditempatkan di luar Hospital Kamal Adwan.

Ada antaranya tertanam hidup-hidup dan ada juga yang maut setelah dilanggar jentolak apabila mereka tidak sempat untuk menyelamatkan diri.

Khemah yang didirikan pelarian Palestin itu bertujuan untuk menempatkan pesakit yang cedera dan mereka yang hilang tempat berteduh.

Menurut wakil Al Jazeera, Anas Al Sharif, rejim zionis kini telah menghentikan sementara serangan buat waktu ini.

Visual dirakam Anas kemudian menunjukkan kesan kemusnahan dengan tanah dan batu bata menimbus rakyat Palestin yang tidak berdosa.

Dia kemudian menunjukkan anggota badan terputus sambil berkata, “ini adalah pelarian yang sebelum ini cedera di hospital, dan jentolak Israel telah melanggar mereka”.

Tambah Anas, puluhan rakyat Palestin yang kehilangan tempat tinggal, sakit dan cedera dikebumikan hidup-hidup oleh tentera Israel.

Anas selanjutnya tidak mampu menggambarkan situasi yang berlaku dengan kata-kata ekoran dari perbuatan yang cukup zalim itu.

Loading...
Terkini