comscore
Tumpuan :
Dunia

Israel ‘minta tanah’ lagi

FOTO: Reuters

TEL AVIV: Koridor Philadelphi atau titik penutup selatan Gaza perlu berada dalam kawalan Israel. Itu gesa Perdana Menteri Israel, Benjamin Netanyahu, yang menuntut kawalan penuh koridor sempadan Semenanjung Gaza dengan Mesir, untuk memastikan tiada lagi kegiatan ketenteraan di kawasan terbabit.

Langkah itu diumumkan ketika tentera Israel memperluas kemaraan ke bahagian tengah dan selatan Gaza.

Bagaimanapun, Netanyahu tidak mengulas lanjut sekiranya tindakan itu berjaya, adakah ia menandakan pengunduran Israel dari Gaza, seperti yang berlaku pada 2005.

FOTO: Reuters

Perkembangan pada waktu itu menyaksikan enklaf berkenaan terletak di bawah kawalan eksklusif Israel selepas bertahun-tahun ditadbir kumpulan pejuang Hamas.

Kenyataan Netanyahu mengenai zon penampan dikeluarkan ketika tentera Israel giat meneruskan serangan yang kononnya untuk mempertahankan diri, dijangka berlarutan beberapa bulan lagi.

Rejim kini menumpukan serangan di al-Bureij, Nuseirat, Maghazi dan Khas Younis.

| ARTIKEL BERKAITAN

Loading...
Terkini