comscore
Tumpuan :
Dunia

[VIDEO] Israel perhebat serangan, situasi terkini Gaza tidak diketahui

GAZA: Terbaharu saat ini, sekurang-kurangnya 7,436 rakyat Palestin terkorban termasuk 2,913 kanak-kanak tidak berdosa turut menjadi mangsa di semenanjung Gaza serta Tebing Barat.

Dengan terputusnya hubungan warga Gaza dengan dunia luar hari ini, Israel terus memperhebat serangan tidak berperikemanusiaannya ke atas semenanjung itu.

Rejim zionis menerusi akaun rasmi di laman X, memuat naik satu klip menunjukkan sepasukan kereta kebal mula memasuki jalan darat Gaza.

Bagaimanapun tiada maklumat lanjut mahupun tarikh dinyatakan dalam visual itu.

Buat masa ini Organisasi Kesihatan Sedunia WHO memaklumkan, kakitangan perubatan dan kru ambulans di dalam Gaza langsung tidak dapat dihubungi.

Rakyat Palestin yang terjejas dalam serangan itu juga tidak dapat menghubungi pihak ambulans setelah fasiliti komunikasi dan internet musnah dibom Israel.

Rentetan itu, penduduk terpaksa mengejarkan mangsa yang terkorban dan cedera menggunakan kenderaan mereka sendiri.

Organisasi ‘Doctors Without Borders’ memberitahu mereka tidak dapat menghubungi rakan sekerja di Hospital Al Shifa dan fasiliti perubatan yang lain.

Turut memberikan maklum balas sama, Persatuan Palang Merah yang terputus hubungan dengan bilik operasi Gaza.

Sementara itu, Ketua Tabung Kanak-Kanak PBB UNICEF, Catherine Russell berkongsi agensinya juga tidak dapat berkomunkasi dengan kakitangannya di Gaza.

Penyedia telekomunikasi terbesar di wilayah berkenaan, Paltel mengesahkan, Gaza telah terputus sepenuhnya hubungan dengan dunia luar.

| ARTIKEL BERKAITAN

Loading...
Terkini