Tumpuan :
Dunia

Israel pertingkat serangan ke atas Gaza 44 maut

FOTO: REUTERS

GAZA: Hanya beberapa jam pengumuman Gencatan Senjata Gaza, rejim Israel meningkatkan serangan udara yang menyasarkan hospital, tempat perlindungan dan kediaman, mengorbankan 44 nyawa.

Pihak berkuasa Palestin melaporkan sekurang-kurangnya 12 terbunuh, manakala beberapa mangsa lain cedera dalam serangan menyasarkan bangunan kediaman di utara wilayah itu, awal pagi tadi.

Sebelum itu, 32 maut akibat serangan waktu malam, terutamanya Gaza City.

Saksi berkata serangan udara itu menyasarkan beberapa kawasan, walaupun lokasi sebenar sasaran masih tidak jelas.

Serangan udara turut disasarkan Deir el Balah menyebabkan puluhan individu termasuk kanak-kanak cedera.

Setakat ini, rejim Israel tidak memberikan sebarang komen dan tiada laporan mengenai serangan oleh Hamas, selepas pengumuman gencatan senjata.

Ikuti sekarang! WhatsApp Channel rasmi Buletin TV3 untuk berita terkini setiap masa.

Loading...
Terkini