LUBNAN: Israel terus bersikap biadap tanpa mempedulikan amaran pihak antarabangsa dengan sengaja merobohkan sebuah menara kawalan Pasukan Tentera Pengaman PBB, UNIFIL di selatan Lubnan.
UNIFIL dalam kenyataannya berkata, pengganas rejim menggunakan jentera berat untuk meroboh menara yang terletak di daerah Tyre.
Justeru, UNIFIL kembali mengingatkan rejim Israel dan semua pihak akan tanggungjawab mereka dalam memastikan keselamatan dan keamanan serta kakitangan dan harta benda PBB.
Semua pihak juga katanya perlu menghormati kedaulatan dan kedudukan PBB.
Tindakan merosakkan Pos Kawalan PBB juga adalah pelanggaran jelas ke atas Undang-Undang Antarabangsa dan Resolusi Keamanan Pertubuhan itu.
Resolusi yang diadaptasi pada 2006 menyeru kepada gencatan senjata antara Israel dan Lubnan dengan Zon Bebas Tentera yang diwujudkan beroperasi hanya dengan kehadiran Pasukan UNIFIL – antaranews.
Ikuti sekarang! WhatsApp Channel rasmi Buletin TV3 untuk berita terkini setiap masa.