Tumpuan :
Dunia

Israel ‘rompak’ 100 lori bantuan makanan ke Gaza

FOTO: Reuters

GAZA: Agensi Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu mendedahkan hampir 100 lori yang membawa makanan untuk penduduk Palestin dirompak secara kejam selepas memasuki Gaza, Sabtu lalu.

Pegawai kanan kecemasan bantuan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu bagi Pelarian Palestin (UNRWA), Louise Wateridge berkata, insiden itu dianggap misi pemberian bantuan terburuk sepanjang tempoh 13 bulan perang di wilayah bergolak itu.

Menurutnya, konvoi lori itu membawa makanan disediakan oleh UNRWA dan Program Makanan Sedunia (WFP) yang diarahkan oleh Israel untuk berlepas dalam notis singkat melalui laluan lintasan sempadan Kerem Shalom.

Katanya, sebanyak 98 daripada 109 lori dalam konvoi itu diserang dan beberapa pemandu cedera dalam insiden berkenaan.

Beliau menyifatkan insiden sebagai satu isu sangat serius merujuk kepada cabaran akses bagi membawa bantuan ke tengah dan selatan Gaza.

Menurutnya, tanpa campur tangan segera, kekurangan makanan yang semakin teruk akan bertambah lebih kronik dan membahayakan lebih 2 juta nyawa yang bergantung kepada bantuan kemanusiaan untuk terus hidup.

Dalam pada itu, jurucakap WFP mengesahkan kejadian rompakan itu dan memaklumkan banyak laluan di Gaza kini tidak dapat diakses akibat isu keselamatan.

Saluran TV Hamas Al-Aqsa memetik sumber Kementerian Dalam Negeri Hamas di Gaza berkata, lebih 20 anggota samseng yang terbabit merompak lori bantuan terbunuh semasa operasi yang dijalankan oleh pasukan keselamatan Hamas dengan kerjasama jawatankuasa masyarakat.

Ikuti sekarang! WhatsApp Channel rasmi Buletin TV3 untuk berita terkini setiap masa.

Loading...
Terkini