comscore
Tumpuan :
Dunia

Israel sasar 120 lokasi Hizbullah

FOTO: Reuters

LUBNAN: Israel menyasarkan lebih 120 lokasi Hizbulah dan mendakwa membunuh 70 pejuang kumpulan itu.

Sasaran termasuk gudang dan lokasi pembuatan senjata.

Bagaimanapun, tiada bukti dikemukakan rejim itu bagi menyokong dakwaannya itu.

Dalam pada itu, serangan rejim di Jdeideh Marjayoun di selatan Lubnan meragut enam nyawa.

Beberapa serangan udara dilancarkan ke Beirut menyasarkan daerah Dahiyeh yang padat dengan penduduk.

Sekurang-kurangnya dua kediaman musnah dalam operasi rejim di Yahmar al-Shaqif.

Kemusnahan turut dilaporkan di Nabatieh dalam bedilan dilancarkan rejim.

Beberapa serangan udara turut dilaporkan berlaku di Baalbek. – AL JAZEERA

Ikuti sekarang! WhatsApp Channel rasmi Buletin TV3 untuk berita terkini setiap masa.

Loading...
Terkini