LUBNAN: Israel mendakwa telah menyasarkan 140 lokasi Hizbullah selain menceroboh ke penempatan penduduk di selatan Lubnan.
Serangan terbaharu turut menyaksikan sekurang-kurangya 10 terbunuh dan 15 lagi cedera dalam bedilan ke atas daerah Qana.
Pada masa sama rejim dalam kenyataannya mendedahkan, pihaknya telah memusnah pelancar roket dan infrastruktur milik Hizbullah.
Turut jadi sasaran depoh simpanan senjata Hizbullah di pinggir Beirut.
Terdahulu Israel mengeluarkan amaran, akan melancarkan serangan ke atas Dahiyeh.
Lapor Al Jazeera, setakat ini Israel telah mengeluarkan arahan berpindah di lebih 25 peratus kawasan di Lubnan.
Hizbullah dalam pada itu sedang terbabit dalam pertempuran dan serangan balas ke atas Israel dan menembak dron milik rejim di selatan Lubnan.
Hari yang sama menyaksikan 50 bedilan dilancarkan Pejuang Hizbullah ke daerah Galilee di utara Israel. – AL JAZEERA
Ikuti sekarang! WhatsApp Channel rasmi Buletin TV3 untuk berita terkini setiap masa.