TEL AVIV: Tentera Zionis berterusan melakukan kekejaman apabila mendakwa pihaknya kini sudah bersiap sedia kemungkinan pencerobohan darat ke atas Lubnan.
Menurut kenyataan media yang dikeluarkan tentera Israel, Leftenan Jeneral Herzi Halevi, pihaknya sudah melakukan serangan udara sepanjang hari sejak beberapa hari lalu.
Katanya, ia bertujuan menyediakan kawasan bagi tentera Israel yang berkemungkinan masuk ke Lubnan melalui darat dan untuk terus melemahkan Hezbollah.
Ia merupakan kenyataan kali kedua daripada seorang jeneral tertinggi Israel yang mendakwa operasi darat mungkin akan berlaku.
Terdahulu, Jeneral tertinggi Israel di utara, Mejar Jeneral Ori Gordin berkata, tentera mesti bersiap sedia sepenuhnya.
Ia berlaku hanya beberapa jam selepas Angkatan Pertahanan Israel (IDF) mengumumkan akan memanggil dua briged simpanan untuk berdepan konflik dengan Hezbollah.
Ikuti sekarang! WhatsApp Channel rasmi Buletin TV3 untuk berita terkini setiap masa.