comscore
Tumpuan :
Dunia

Israel tahan hasil cukai, gaji sektor awam Palestin terus terhimpit

Warga Palestin membeli barangan di pasar terbuka berhampiran runtuhan bangunan yang musnah akibat dibedil tentera rejim Zionis. – FOTO: Reuters

RAMALLAH: Kementerian Kewangan Israel bertindak menahan hasil cukai yang menyebabkan hanya sebahagian gaji sektor awam dibayar minggu ini, sekali gus mengekalkan tekanan terhadap pembayaran gaji sejak berbulan lalu.

Pihak Berkuasa Palestin berkata, ia akan membayar gaji pekerja sektor awam Palestin sebanyak 50 peratus daripada gaji Mac esok, selepas Israel menahan pemindahan yang perlu dibayar untuk April.

Ia berkata, tunggakan itu akan dibayar sebaik keadaan kewangan membenarkan.

Kementerian Kewangan Israel mengesahkan ia memutuskan untuk tidak memindahkan hasil cukai bulan ini, namun enggan memberikan butiran.

Tekanan ke atas gaji sektor awam dan fakta bahawa puluhan ribu rakyat Palestin dihalang daripada bekerja di Israel sejak permulaan perang di Gaza pada Oktober lalu telah menambahkan tekanan terhadap ekonomi di Tebing Barat yang diduduki.

Israel mengutip cukai ke atas barangan yang melalui Israel ke Tebing Barat bagi Pihak Berkuasa Palestin dan memindahkan hasil kepada Ramallah di bawah perjanjian yang telah lama wujud antara kedua-dua pihak.

Bagaimanapun sejak serangan 7 Oktober lalu, Menteri Kewangan Israel, Bezalel Smotrich menahan jumlah wang yang diperuntukkan untuk perbelanjaan pentadbiran di Gaza.

Walaupun gerakan Islam Hamas merampas kuasa Gaza daripada Fatah pada 2007, Pihak Berkuasa Palestin yang dikuasai Fatah, terus membiayai beberapa perkhidmatan kesihatan dan pendidikan di kawasan itu.

Ikuti sekarang! WhatsApp Channel rasmi Buletin TV3 untuk berita terkini setiap masa.

Loading...
Terkini