comscore
Tumpuan :
Dunia

Jaguh tinju profesional maut ditembak

 

FOTO: kingmylik_theboxer / Instagram

LOS ANGELES: Jaguh tinju profesional Mylik Birdsong maut dalam satu insiden tembakan di selatan Los Angeles, kelmarin.

Birdsong, 31, yang diberi gelaran King Mylik mempunyai rekod 15-1-1 adalah juara bertahan welterweight World Boxing Foundation (WBF).

Dia juga sepatutnya bertarung kali pertama sejak Mac lalu dengan menentang Gor Yerisyan di Commerce Casino pada 26 Oktober.

Menurut Jabatan Polis Los Angeles (LAPD), tragedi berlaku sekitar jam 4.50 petang ketika dia berada di luar kereta bersama teman wanita apabila beberapa lelaki menaiki SUV menghampirinya dan melepaskan beberapa das tembakan.

“Birdsong cuba menyelamatkan diri namun dia dikejar dan ditembak sekali lagi. Birdsong rebah di atas jalan sebelum dikejarkan ke hospital terdekat.

“Dia disahkan meninggal dunia pada malam hari kejadian. Petinju itu mengalami tujuh luka tembakan di bahagian badan,” kata polis.

Polis kini masih memburu suspek dan motif kejadian juga masih dalam siasatan.

Ikuti sekarang! WhatsApp Channel rasmi Buletin TV3 untuk berita terkini setiap masa

Loading...
Terkini